Memang hype game Elden Ring ni, hype sebagai stress management. Dengan kata lain, game ni susah nak mampus! mengajar untuk tidak berputus asa, cuba dan cuba lagi.
Dua minggu masa diperlukan untuk membiasakan diri dengan gameplay, purata main tiga jam sehari hujung minggu boleh mencecah lima jam. Bila dah cukup kompeten, barulah berani boss fight.
Dengan pace sebegini, sampai hujung tahun pun belum tentu dapat habis. Tapi aku suka game progresif jenis boleh main berbulan-bulan lamanya sama macam main Fallout 4 dan Red Dead Redemption II dulu.
_____ AADI: Dah kalahkan Godrick terus cari Tree Sentinel nak balas dendam.
Rasanya aku hanya sempat ikut dua sessi sahaja bulan ini atas masalah kesihatan. Dua minggu pertama cuti sebab asthma berulang, sihat sekejap kemudian diarahkan kuarantin kendiri kerana influenza B serangkai dengan C19 (untuk kali keempat).
Terlepas peluang untuk menonton Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2026 yang berlangsung pada 16-18 Oktober lepas, tempoh yang sama aku dikuarantin.
Untuk kembali aktif bertinju kurang-kurang kena rehat dua minggu lagi untuk paru-paru kembali sihat sepenuhnya, biasalah post-coov memang cepat penat.
Menarik picu untuk mendapatkan PS4 Slim 10 tahun lepas semata-mata ingin memainkan game Fallout 4. Kerana ketika itu kos untuk menaiktaraf PC aku supaya dapat memainkan Fallout 4 (versi PC) jauh lebih mahal berbanding mendapatkan seunit PS4 Slim baharu.
"Proses migrasi daripada PC gamer kepada console gamer sebenarnya merupakan suatu pengalaman yang agak menjengkelkan, lebih-lebih lagi bila main genre FPS. Selama jadi PC gamer memang dah kompenten main FPS dengan keyboard/mouse tapi bila terpaksa guna DualShock, serius terasa kekok. Tapi tak mengapa (parap-parap), lama-lama nanti kompeten la tu..."
Habis sahaja memainkan Fallout 4, amat jarang-jarang memainkan PS4 sehinggalah musim PKP 2020. Ketika musim PKP, banyak masa untuk memainkan The Last Of Us, Remastered (fasa pertama), Doom 2016 (fasa kedua), Tomb Raider 2013 dan Days Gone (fasa ketiga) 2-3 kali pusingan. Keempat-empat game ini akan sentiasa sinonim dengan memori musim PKP.
Sehingga satu tahap aku mengalami gaming fatigue yang teruk, akhirnya PS4 Slim tadi dilepaskan dan ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali ex-Francesco (BC Rich Warlock PFG5 bass) aku.
Sehinggalah 2024, tergerak hati untuk kembali berkonsol dan berjaya mendapatkan PS4 Pro terpakai seberkas dengan DualShock 4 OEM tambahan, Dobe docking dan *tujuh game; Grand Theft Auto V, Jump Force,Sekiro, Minecraft Heroes, Need For Speed Heat, FIFA22 dan FIFA23. Tapi tetap memainkan kembali Days Gone dan Doom 2016.
Kini misi aku ialah untuk mendapatkan game-game PS4 dalam format fizikal (disc) yang teringin dimainkan sejak dahulu antaranya Street Fighter V, God Of War, The Witcher III dan Ghost Of Tsushima. Dapat dan kumpulkan dahulu, (masa) mainnya kemudian baru fikir. Juga misi mencari DualShock 4 original. Yang OEM cepat sangat rosak atau bateri tak tahan lama.
Sehingga entri ini ditaip, masih ada beberapa game yang belum lagi dimainkan atau hanya dimainkan pada tahap beberapa minit sahaja antaranya Uncharted: The Nathan Drake Collection (digital), Journey (digital), The Outer Worlds dan kesemua *tujuh game yang diperolehi bersama-sama PS4 Pro tadi kecuali Sekiro, selebihnya bukan selera aku kot? Heat pula dah let-go, rasa menyesal pula.
Dengan kekangan kos teknologi kini memang sukar untuk kembali menjadi PC gamer. Mungkin akan duduk dalam khemah PS4 untuk beberapa tahun selagi teknologinya masih lagi relevan. Tidak terfikir untuk menarik picu PS5, kecuali jika keinginan untuk memainkan Tomb Raider Legacy Of Atlantis dan Catalyst terlalu sukar untuk dibendung, atau tiba-tiba keluar Fallout 5. Dengar-dengar PS6 pun tak lama lagi akan keluar.
Seperti yang aku cerita dalam entri 40 tahun album Somewhere in Time bulan lepas, aku bercadang mendapatkan versi cetakan lain album ini...
Menjumpai versi digipak rilisan 2015 daripada Inverno Music Station melalui platform Shopee mereka berbekalkan kupon 10.10 yang menjadikan harganya seperti harga standard CD imported 10 tahun lepas.
Dibiarkan dalam keadaan bersegel (sealed) sebegini hanya untuk koleksi. Kalau nak dengar, versi remastered 1998 dan variasi MP3nya masih ada.
Lain cerita, kalau SIT merupakan album Iron Maiden paling selalu aku mainkan, tempat kedua dalam senarai pastinya Brave New World, dan tempat ketiga berkemungkinan The Book Of Souls atau Powerslave.
Berlegar dalam algorithm media sosial aku beberapa hari ini, Floor Jansen mengumumkan keluar daripada Nightwish. Apapun alasan dan ceritanya, akupun dah tak kisah...
Serius, selepas Marko pencen (pada mulanya, kemudian kembali aktif dengan band sendiri) dah hilang minat untuk follow Nightwish. Rasanya tinggal Tuomas dan Emppu sahaja ahli asal. Endless Form Most Beautiful merupakan album Nightwish terakhir yang aku ada. Floor pula masih aktif dengan album solo.
Ini antara game yang teringin untuk dimainkan sejak kembali berkonsol. Hampir-hampir menarik picu ketika berada di Brother Game Digital Mall, PJ dua tahun lepas. Tetapi ketika itu mengambil keputusan untuk mendapatkan Red Dead Redemption II yang lebih senior rilisannya.
Diperolehi menerusi platform Shopee daripada tempat yang sama aku mendapatkan game Shadow Of The Tomb Raider beberapa bulan lepas. Mengambil peluang jualan 10.10 yang menjadikan harganya kini hampir separuh daripada harga runcit.
Game bergenre action role-playing game rilisan Februari 2022 boleh dikira masih panas. Dibangunkan oleh FromSoftware sama seperti game Sekiro. Harap ia tidak sesusah Sekiro yang buat aku rage-quit selepas 15-30 minit memainkannya, kah kah kah...
Katanya mendapatkan khidmat daripada George RR Martin (A Song Of Ice And Fire) untuk worldbuilding game ini. Memegang takhta Game Of The Year (GOTY) 2022 dan kini berstatus antara game terbaik sepanjang zaman.
Jika benar semua hype tadi, mungkin akan sibuk memainkannya sehingga hujung tahun.
Bagi yang mengikuti AADI pastinya tahu ini antara franchise yang aku follow sejak 90an lagi. Sudahpun dibuatkan entri sejarah ketika ulang tahun ke-20, yang ketika itu aku hanya main sehingga game Underworld sahaja.
"It's been 30 years since Lara Croft climbed, jumped, and swan-dived onto the scene, and every moment since has been an adventure. From her sharply-polygonal origins in 1996, to the recently announced Tomb Raider: Legacy of Atlantis, our favorite British archaeologist and adventurer has established herself as gaming's most iconic heroine, and we plan to celebrate that legacy all year long!" - Official website.
10 tahun kemudian, survivor trilogy (PS4) pun sudah dimainkan. Siri game klasik (I-VI) pun sudah ada versi remastered yang belum termain lagi kecuali game pertama yang savegame masih sangkut di St. Francis' Folly sejak Disember tahun lepas tak tersambung.
Untuk game seterusnya Legacy Of Atlantis dan Catalyst, aku harap Lara Croft kembali flamboyant, ada attitude seperti era klasik dan Legend. Dan juga berharap franchise ini tidak "dimusnahkan" oleh aktivis-aktivis yang suka masuk campur dalam dunia hiburan (TV, filem, video game, dll) dengan politik dan agenda moden mereka yang tidak membawa keuntungan. Walaupun sebenarnya sudah ada sedikit menyelinap masuk dalam survivor trilogy.
Anak autis aku memang suka dinosaur sejak kecil, dah berapa banyak aku belikan buku-buku ensiklopedia berkaitan dinosaur dan ilmu alam lain. Kebanyakannya diperolehi daripada Popular dan Big Bad Wolf (Shopee).
Kali ini memperolehi buku bertajuk The Ultimate Book Of Dinosaurs. Apa yang menarik ialah dinosaur yang menghiasi muka depan (t-rex dan raptor) adalah jenis berbulu. Maknanya buku ini menggunakan fakta terkini (buku rilisan 2022), sama seperti dinosaur berbulu yang dalam filem The End Of Oak Street.
Kebetulan bulannya, maka keluar kembalilah CD ini daripada persembunyian. Kaset pun keluar untuk sessi fotografi.
Otomatik terkaraoke lagu-lagu jiwang dalam album ni - Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Tiada Rahsia Antara Kita, Meniti Ombak Kasih. Terkeluar segala memori tahun 1995 (tingkatan 4) dan 1997 (USM).
Album studio Iron Maiden kegemaranku kini berusia 40 tahun, telahpun diceritakan seperincinya dalam entri ulang tahun ke-35. Jadi, kali ini aku cuba buat points sahaja:
CDnya diperolehi 12/03/2008 di Victoria Music Centre, Amcorp Mall, merupakan versi enhanced CD rilisan 1998.
Album yang berkonsepkan "masa", sebab itu muzik dan liriknya masih lagi relevan sehingga kini.
Top-5 antara album yang selalu dipasang semasa pemanduan.
Anak-anak akan cepat tidur jika aku pasang album ini semasa pemanduan jarak jauh (balik kampung), dari kecil lagi mereka sudah biasa dengar lagu-lagu dalam album ini on-repeat.
Deja Vu merupakan lagu Maiden pertama yang aku dengar sekitar 1986-1987 (perenggan keempat entri 2010).
Solo dalam lagu Stranger In A Strange Land merupakan solo Adrian Smith paling aku suka.
Selain The Trooper, lagu Wasted Years antara lagu Iron Maiden yang paling banyak aku cover bersama MUP. (hajat perenggan ketiga entri 2010)
Wasted Years itu sendiri menjadi lagu tema hidupku yang sinonim ketika bekerja di Penang, circa 2000-2005 (perenggan kelima entri 2010).
Anak aku si Arlo pun sudah minat rock/metal bermula dengan album ini.
Kalau ada ruang dan peluang, mungkin aku akan cari versi-versi *cetakan lain album ini sebagai koleksi. Dan teringin pula jamming lagu SIASL, Sea Of Madness dan Deja Vu.
Bulan ini beberapa kali singgah di E-Mart Riam (Miri). Biasanya singgah untuk mencari makan tengah hari sementara menunggu urusan kesihatan Mrs. Ijau selesai.
Terbaca ciapan Facebook yang mengatakan E-Mart Riam pun ada barangan Decathlon, jadi cubalah mencari di mana sudutnya.
Jumpa juga sudut Decathlon, tapi ini sahajalah barangannya. Tiada yang menarik bagiku kecuali beg galas Quechua yang aku sudah ada (beli online).
Berharap suatu hari nanti ada premis eksklusif untuk Decahtlon di Miri (atau Bintulu) seperti yang pernah dikunjungi di Petaling Jaya beberapa tahun lepas. Bolehlah menandingi premis *Sports Direct Bintang Megamall untuk mencari barangan kesukanan.
Semalam pula baru perasan E-Mart Bintulu pun ada juga barangan Decathlon. Tapi lagi terhad seterhad-terhadnya, ada satu isle sahaja.
Ternampak gajet ini HOTT AirSound C229A All-Media CD Player di Popular Bintang Megamall, Miri. Katanya sejenis desktop CD player, memainkan mp3 terus daripada USB/TF/MicroSD card, juga boleh menjadi bluetooth speaker. Dan fungsi paling menang ialah rip mp3 terus dari audio CD ke USB/TF/MicroSD card tanpa perlu komputer.
Harganya RM300++ di Popular dan bila dirujuk Shopee/Lazada, rata-rata purata harga sama. Pendapat aku ada kelebihan dan kelemahan gajet pada harga sebegini. Kelebihan - tidak memakan ruang yang besar di atas meja, nampak fizikal CD berpusing semasa operasi. Kelemahan - pada harga RM300++ masih boleh dapat CD player jenis boombox dengan speaker (stereo) yang lebih mantap soniknya.
Di Popular ini juga masih ada sudut CD-Rama yang ada menjual audio CD, DVD dan mainan(?). Tapi katalognya ciput dan harga runcit untuk audio CD amat mengejutkan. Beginilah dilema peminat audio CD mutakhir ini, CD yang dahulunya sekitar RM30-40 local atau RM50+ untuk imported, kini sudah dua kali ganda. Itu belum tengok harga kaset lagi.
Area DVD pun katalognya tidak seberapa, ada beberapa DVD yang menarik perhatianku antaranya koleksi Digimon dan filem-filem Police Story Jackie Chan; dari Police Story, Police Story 2, Police Story 3: Super Cop, Police Story 4: First Strike, New Police Story dan Police Story 2013. Tak pula tertarik picu untuk mendapatkannya, padahal harga masih mampu milik, harap tak menyesal...
Sekarang aku sudah tiada CD/VCD/DVD player di rumah, semua dah rosak. Kalau audio CD kini hanya boleh dimainkan pada sistem stereo kereta atau PC yang biasanya akan rip terus ke format mp3. Anak-anak aku pula mula berminat tengok koleksi CD (rock/metal) aku, dan amat teruja dengan proses memainkan lagu secara fizikal masuk CD dalam player, sambil membelek-belek inlays tengok gambar dan baca lirik.
_____ AADI: *Ingin mencari semula sistem mini hi-fi.
Tahun ini katanya Swee Lee menyambut ulang tahun ke-80 di Nusantara.
Sebelum bertapak di Malaysia, aku hanya tahu kewujudan Swee Lee di Singapura menerusi entri-entri Bro Sub The Guitar Addict. Pernah menjejakkan kaki di premis Brash Basah mereka (yang katanya sudah tutup menjadi pusat servis) ketika ronda-ronda bandar Singa sempena konsert Iron Maiden tahun 2011.
Juga mengenali Swee Lee daripada Dead Eye Guitars yang ketika zaman kegemilangannya banyak mengambil stok dari Swee Lee Singapura. Charvel So-Cal Style 1 HH (Candy) aku merupakan satu daripadanya selepas mendapat tahu promosi daripada entri ini.
Urusan pertama aku terus dengan website Swee Lee (Singapura) adalah pada 2015 dengan memesan pedal board Boss BCB-30. Ketika itu harganya ditambah dengan penghantaran FedEx ke Bintulu masih jauh lebih murah berbanding harga rasmi di Malaysia.
Dan setelah Swee Lee bertapak di Malaysia, perolehan atas talian pertama aku ialah satu batch tali gitar D'Addario pada 2018. Pengeposan percuma untuk semua item kecil-besar (setakat ini) merupakan faktor utama untuk memilih Swee Lee berbanding premis lain.
Setakat ini belum pernah lagi mengunjungi premis-premis fizikal mereka di Malaysia. Masih ada menyasarkan beberapa item dalam katalog online/website mereka. Tapi atas faktor harga dan isu semasa masih menyelamatkan aku daripada menarik picu.
Bulan ini hampir dua minggu aku tak ikut sessi latihan. Minggu pertama kerana urusan kesihatan Mrs. Ijau di Miri. Minggu berikutnya aku pula tak sihat, asthma datang lagi penangan jerebu dan penat urusan minggu pertama tadi.
Sarung tangan tinju (gloves) Shinobi Senshi ini antara yang "sedap" diguna untuk sessi heavy bag atau padding (sparring, no no). Tapi sayang kualiti materialnya agak teruk, baru 4-5 bulan guna sudah koyak-koyak dan mengelupas luar dan dalam seperti gambar di atas. Mungkin akan direhatkan terus hujung bulan ini.
Baru menghabiskan game Shadow Of The Tomb Raider beberapa hari lepas. Maka lengkaplah ketiga-tiga game Square Enix Trilogy (aka survivor/reboot) ini sebagai memori Tomb Raider era gaming PS4 40an aku.
"Sudahpun memainkan siri-siri Tomb Raider sejak penghujung 90an, dibincangkan dalam entri ini. Siri klasik (Tomb Raider, II, III, IV) pasti akan diingati kerana memori zaman USM. Legend Trilogy (Legend, Anniversary, Underworld) pula diingati kerana memori mula bermastautin di Bintulu.
Kena tunggu Shadow Of The Tomb Raider untuk melengkapkan *memori Square Enix Trilogy (aka Reboot). Masuk dalam senarai intai, harga cun terus tarik picu siap-siap..."
Aku perasan ada persamaan tema antara ketiga-tiga game Tomb Raider ini. Walaupun grafik dan penampilan memang ohsem, tapi elemen asal "Tomb Raider" agak cair. Menyerbu dan menjarah makam (raiding tombs, duh) kini menjadi matlamat sekunder. Patutnya trilogi ini guna tajuk lain contohnya Rise Of Lara Croft, Lara Croft: Origin, etc.
Lara Croft pula terlalu banyak beremosi, kuat mengeluh, menangis, meratap, bersedih dan daddy-issue. Watak rakan lelaki seperti langsung tidak berguna dan hanya menyusahkan keadaan (ikut jalan cerita). Contohnya Jonah Maiava yang ada dalam ketiga-tiga game.
Traversing dan puzzle yang mudah dan terlalu banyak pembayang (hint/clue). Kalau puzzle era klasik memang tahap rage-quit nak selesaikan, contohnya ketika Tomb Raider IV: The Last Revelation (TR4). Ketika itu rujukan hanyalah walkthrough daripada beberapa website, itupun kalau ada internet 1511/1515 atau pergi cybercafe.
Aku harap game seterusnya Legacy Of Atlantis dan Catalyst, Lara Croft kembali flamboyant, ada attitude seperti era klasik dan Legend. Bolehlah menyambung kembali main Remastered#1 dan #2 yang tertangguh sejak Disember tahun lepas.
Akhirnya tertarik picu juga untuk sarung tangan (gloves) Everlast Titan MMA Grappling ini di premis Sports Direct Malaysia Bintang Megamall Miri beberapa hari lepas. Harganya pun sudah berdiskaun 80% dan berlabel merah (rujukan), biasanya penghabisan stok dan/atau sudah discontinued.
Inipun tinggal seunit sahaja untuk saiz S/M di premis tersebut dengan packaging yang agak barai. Di website Sports Direct pun sudah tiada lagi saiz S/M ini. Dah cuba saiz L/XL, tapi agak besar untuk tangan aku. Glove ini lebih kepada jenis grappling berbanding striking, amat sesuai untuk jiu-jitsu, judo dan *silat.
Padding pada buku lima pun ada kadar sahaja, standard MMA. Kalau biasa kena tumbuk muka dengan padding gloves 14-16 oz (boxing), Titan ini mungkin terasa seperti padding 8-10 oz. Untuk sessi tinju aku tak pasti, juru latih benarkan atau tidak untuk padding atau heavy bag. Kalau tak, ia akan menjadi koleksi atau untuk mainan di rumah sahaja.
_____ AADI: *Masih boleh buat buah Silat Cekak dengan gloves ini.
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok). Begitu juga dengan album ini, tahun 2021 tu rasanya seperti baru sahaja 1-2 tahun lepas...
Jika Iron Maiden masih aktif berkonsert, yang kini sedang menjelajah Amerika Utama sambungan Run For Your Lives World Tour, tidak mustahil mereka diam-diam sekali lagi bakal merilis album baharu dalam tahun ini atau tahun depan.
Waktu install game Shadow Of The Tomb Raider beberapa minggu lepas, anak autis aku si Ijau Jr. tiba-tiba kata "ayah, nanti belikan saya game Jurassic World Evolution 3". Dia ni memang suka dinosaur sejak kecil, jadi nak juga main game berasaskan dinosaur. Bila aku check, game JWE3 ini kira game baharu rilisan Oktober 2025 hanya untuk PC, PS5 dan Xbox Series X/S sahaja. Runding-runding suruh mula dengan game pertama dahulu Jurassic World Evolution, sekurang-kurangnya ada untuk PS4.
Ini game yang agak rare, jadi untuk mendapatkan unit baharu format fizikal agak sukar, kalau ada pun harganya masih mahal. Jadi mendapatkan unit terpakai merupakan opsyen seterusnya. Diperolehi di platform Lazada, masih agak mahal untuk sebuah unit terpakai berbanding game mainstream. Juga lambat sampai kerana tak perasan aku terpilih opsyen penghantaran laut.
Tiada sebarang dokumentasi disertakan, hanyalah sekeping cakera seperti standard kebanyakkan game PS4 lain. Jangan tanya aku apa genre dan cara mainnya, aku cuma beli, install dan suruh si Jr. fikir sendiri cara main. Tapi kena gilir-gilirlah dengan ayah yang juga sedang sibuk main Shadow Of The Tomb Raider.
Lain cerita, semenjak Sony main taik, dalam seminggu lepas memang aku main secara offline sahaja. Tidak login ke PlayStation Store/Network seperti yang diboikotkan. Antara game yang "selamat" dimainkan secara offline setakat ini ialah ketiga-tiga game Tomb Raider, Doom 2016, Doom Eternal, Days Gone, Minecraft Heroes dan JWE ini. Akan cuba lagi game lain dalam koleksi aku, adakah boleh dimainkan secara tanpa perlu login?
_____ AADI: "Ayah belilah Nintendo Switch pula, boleh main game Mario" kata si kakak.
Terkejut membaca berita pagi Sabtu lepas bila isteri beliau (menggunakan akaun Facebook Joey BPR) mengumumkan berita kematian. Padahal malam sebelumnya beliau amat ceria kerana dapat membuat persembahan di Istana Budaya. Itulah ketentuan ilahi...
Ciapan FB beliau selalu juga masuk dalam algorithm aku walaupun aku tak follow. Dan yang aku perasan, beliau antara artis yang rajin berinteraksi dalam Facebook Jamtank selain Rashidi Ishak, Oja dan Alfa Booty Kesuma.
Aku tak ada apa-apa album fizikal Bumi Putra Rockers (BPR) kecuali kompilasi The Best Of yang diperolehi 16 tahun lepas. Tapi yang pasti, lagu-lagu BPR akan menggamet memori zaman kanak-kanakku, zaman main layang-layang. Memori yang sezaman dengan album Fenomena, Kau Merubah Segalanya dan Asia's No. 1 Performer.
Terima kasih Johari bin Mat Rozekhi untuk muzik dan memori, al-fatihah...
Kali ni aku raid kedai kaset kat area old town Bintulu, Sun Yun Music House . Tempat aku beli CD Ella - 30110 dan Fenomena Rock Klasik - I...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?