Hari terakhir 2021 biasanya masa untuk entri sinopsis tahunan AADI. Pendapat aku, secara amnya kehidupan harian pada 2021 lebih hambar berbanding 2020, telahpun dibuatkan entri berasingan semalam. Tapi tak apa mengapa, entri hari ini lebih kepada entri sinopsis perhobian.
1) Jamming dan kugiran - Mulai 01/01/2021 aku kembali mengetuai MUP. Walaupun tak ada gig atau persembahan pentas tahun ini, tapi sessi jamming santai FB livestream pada 04/12/2021 di REG Studio bersempena ulang tahun ke-10 MUP merupakan highlight untuk tahun ini.
Selain itu, juga agak aktif dengan band rakan-rakan sekerja (belum ada nama rasmi setakat ini) yang lebih memainkan lagu-lagu cover mainstream untuk persembahan di tempat kerja. Serius, tak pernah-pernah aku main lagu Indo-rock sebelum ini, hahaha...
2) Kegitaran - Kononnya tahun ini ingin meneruskan 2020 purge, bermula dengan melepaskan Mr. Smith (Jackson SDX) bulan April. Tapi TERtambah pula dua buah - Woody (Cort G200DX) bulan Jun dan Tigera (Epiphone Les Paul Custom Plus) bulan Ogos, menjadikan axology aku pi mai pi mai tang tu kembali menjadi sembilan.
Gajet keluar; IRT-Pulse, MS-70CDR, Silencer, RP360, Sentient/Nazgul 7, Polytune 3 Noir. Gajet masuk; ML-2, NR300, Xenyx 502, SL 75C, B1Xon, MG-30 dan ALX/H1N. Akan cuba meneruskan purging tahun hadapan.
Tahun ini juga mula berani menyertai kolaborasi kegitaran dengan rakan-rakan online - contohnya kolaborasi raya dan kolaborasi merdeka anjuran Dead Eye Guitars.
Yours truly @ 6:15.
Yours truly @ 25:48.
3) Guitar techie - Selain gitar sendiri "dikerjakan" tahun ini - Alumitone/Deathbucker Goldie, X2N Mr. Smith, JB Mr. Smith, Shopee 2-band preamp Francesco, Alnico Classic Goldie, EMG 81/60 hardwired Deluxe, Alumitone/Deathbucker Shiro - juga menservis sebuah P-bass "Musang Otai" rakan sekerja.
Cerita pasal techie, Februari lepas (penghujung Januari sebenarnya) kita kehilangan YusTech, seorang blogger, YouTuber dan guitar tech yang juga merangkap mentor online aku. Legasinya akan diteruskan dalam projek-projek kegitaran aku selepas ini.
"Walaupun tak pernah berjumpa, tapi aku bangga mengaku dialah mentor online aku dan menjadi rujukan utama kalau ada kebuntuan dalam kerja-kerja pemasangan pikap gitar. Apa-apa entri AADI berkaitan pematerian dan pemasangan pikap selepas 2011 adalah dipelajari dan dipraktikkan daripada blog YusTech."
Sumber. |
Juga kehilangan seorang lagi bloggers, Shafid Transformers United. Aku tak berapa kenal beliau, tapi adalah sekali sekala mengomen entri blognya. Cerita lebih lanjut boleh rujuk entri Berteromber.
4) PC Gaming - Dengan perolehan sebuah PC harian baharu, selepas raya aku mula memainkan StarCraft II: Wings Of Liberty, Heart Of The Swarm, Legacy Of The Void dan Nova Covert Ops berturut-turut untuk mengisi masa PKPx di rumah. Bila musim PKPx ni rindu pula nak main PS4 macam tahun lepas. Harapnya tahun depan harga PS4 menjunam turun dek hype PS5.
5) CD/DVD - Kembali memancing beberapa CD audio dan DVD, itupun hanya beberapa tajuk. Antaranya The Shadow Theory, Pyre Of The Black Heart, Dominion, Senjutsu, DVD Raihan dan The Sins And The Sentences.
Senjutsu - album of the year. |
6) Kaki wayang - Tahun ini juga kembali menjadi kaki wayang lebih-lebih lagi dengan pembukaan TGV Cinemas di Bintulu Boulevard. Seperti biasa, selera genre aku hanya pada filem-filem aksi, sci-fi dan geekstuff, yang terlayan setakat ini ialah - Venom: Let There Be Carnage, Ghostbusters: Afterlife dan Spider-Man: No Way Home.
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2022 menjadi semakin ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian versi norma baharu kita semua.
Perancangan perhobian untuk tahun hadapan macam biasa akan dibuatkan entri berasingan. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____
AADI: Nak tambah hobi yang lebih sihat, contoh?
2 komen:
pejam celik pejam celik dah nak masok tahun baru huhu
Selamat tahun baru... makin lama makin kurang species tulis dan baca blog ni...hahaha..
Post a Comment