Patutnya cuti CNY lepas kami balik Dalat bercuti, tapi terpaksa ditangguhkan kerana kami sekeluarga demam flu bergilir-gilir. Aku mula kena demam Jumaat 24/01/2025, sakitnya seperti kena C19. Kemudiannya Mrs. dan anak-anak. Sehingga entri ini ditaip, masih lagi batuk-batuk dan sakit kepala.
Selasa 28/01/2025 - Hujan mula turun dari sebelah petang berlarutan sampai malam, ditambah pula dengan air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan berhampiran sungai dan parit besar mula dinaiki air.
Rabu 29/01/2025 - Banjir mula melepasi paras bahaya di beberapa tempat, di kawasan perumahan aku lorong hujung sana jalan sudah dinaiki air, mujur bahagian hujung sebelah sini tinggi. Bekalan elektrik mula tiada sekitar 3.00 petang, maka bergelaplah kami sepanjang malam.
Bergilir-gilir dengan Mrs. sepanjang malam memantau paras air. Kami sudahpun bersedia sekiranya terpaksa bug-out. Syukur alhamdulillah, air tidak naik lagi di kawasan aku. Gambar di atas itulah paras paling tinggi yang aku rekodkan.
Khamis 30/01/2025 - Seawal 8.30 pagi aku sudah mula keluar mencari farmasi yang buka untuk stok bekalan ubat demam, batuk dan asma anak. Berkesempatan juga memantau kawasan kejiranan yang terjejas dengan banjir. Memang teruk banjir kali ini, kalah banjir pada penghujung 2013 (malam sebelum Rock Nite 2013).
_____
AADI: Memang seperti tiada sambutan CNY di Bintulu tahun ini.