Hari terakhir 2022 biasanya masa untuk entri sinopsis tahunan AADI. Pendapat aku, secara amnya kehidupan harian pada 2022 mula menarik selepas fasa endemik diumumkan.
1) Kesihatan - 19 Februari aku disahkan positif COVID-19 dan berkuarantin kendiri seminggu di rumah. Hari kelima kuarantin, ketiga-tiga anak aku Lil, Jr. dan Arlo pula positif, Mrs. Ijau setakat ini masih kebal. Mujurlah hanya dikuarantin di rumah, kalau kena tahun lepas atau 2020, memang berkampung di hospital atau pusat kuarantinlah jawabnya. Tapi serius, budak-budak lebih cepat sembut berbanding dewasa. Aku pasca-COVID masih semput 2-3 bulan baru betul-betul sembuh.
Dan sekali lagi kena 9 Disember lepas, tapi kali kedua ini tidak sesakit pertama kali. Hanya seperti demam selesema biasa sahaja. Tapi sindrom pasca-COVID tetap sama, ketika menaip entri ini pun masih semput.
2) Jamming dan kugiran - Hanya menyertai dua gig bersama MUP tahun ini, ada juga dijemput untuk beberapa gig/acara lain tapi terpaksa ditolak kerana kekurangan korum.
Pertama, King's Studio Open Gig awal Julai dan kedua Local Gig 2022 awal Disember lepas. Tiada apa yang menarik, masih memainkan lagu-lagu cover selain satu lagu sendiri. Tahun hadapan akan diusahakan untuk 1-2 lagu original.
Tahun ini juga ada menyertai kolaborasi kegitaran dengan rakan-rakan online - contohnya kolaborasi CNY dan raya anjuran Dead Eye Guitars.
Yours truly @ 14:05.
Yours truly @ 6:12 (dan 0:18).
3) Kegitaran - Kononnya tahun ini juga ingin meneruskan 2020 purge, tapi tidak bejaya kerana TERtambah pula empat buah - Prestige Heritage Custom MC (Chucky), Hagstrom Ultra Swede (Swede), Jackson JS32 King V (Praetor) dan DK2 Dinky (Dinky).
Yang keluar ada dua LTD EC-1000VB (ex-Deluxe) berpindah milik kepada Azrol yang kini menjadi gitar utamanya touring bersama Larrong dan Cort G200DX (ex-Woody) pula telah dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani bersempena perkahwinannya beberapa minggu lepas, menjadikan axology aku pi mai pi mai tangtu masih lagi sebelas!
Gajet masuk: MojoMojo, Polytune 3, Sentry, BDI21, TO800, BH 770, BanTamp XL Zombie II, Dark Matter, Rockboard Tres 3.1, GDI21, MS-70CDR dan ME-80.
Gajet keluar: Blackstar HT-5RH + HT-112 sahaja. Akan cuba meneruskan purging tahun hadapan, terutama kuantiti gitar yang kini memasuki tahap hoarder, perancangan akan cuba (iye?) mengurangkan sehingga tinggal 6-7 buah sahaja.
4) Guitar techie - "Mengerjakan" gitar sendiri itu sudah pasti, tapi juga pada gitar rakan-rakan; memasang set pikap Seymour Duncan Black Winter pada RG370AHMZ Nuing dan menservis bass Ibanez Roadstar II milik REG Studio.
5) PC Gaming - Agak rancak sekejap memainkan beberapa game klasik yang dimuat turun menggunakan Steam - Planescape: Torment, Bardur's Gate II, Prince Of Persia: Warrior Within, Prince Of Persia: The Two Thrones. Yang masih tak sempat dimainkan - Icewind Dale, Bardur's Gate dan Wasteland 2.
6) CD/DVD - Hanya memancing tiga CD audio sahaja tahun ini - Saqang (EP), Corporeal Undead dan Battles. Harga runcit semasa CD kadang-kadang membantutkan hasrat untuk memancing.
7) Kaki wayang - Semakin aktif mengkaki wayang di TGV Cinemas. Seperti biasa, selera genre aku hanya pada filem-filem aksi, sci-fi dan geekstuff, yang terlayan setakat ini ialah The Batman, The Contractor, Doctor Strange In The Multiverse Of Madness, Top Gun: Maverick, Sonic The Hedgehog 2, Jurassic World Dominion, Minions 3: The Rise Of Gru, Bullet Train dan Black Adam.
Juga sudah ada pawagam alternatif iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) yang baru dibuka di The Spring Bintulu minggu lepas. Filem Avatar: The Way Of Water dilayan di sini.
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2023 kelak menjadi semakin ohsem. Perancangan perhobian untuk tahun hadapan macam biasa akan dibuatkan entri berasingan. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____
AADI: Teringin kembali berseni bela diri, atau cuba tinju (boxing) atau MMA.
4 komen:
semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu...
aku lepas kena covid19 kali kedua ni lagi teruk disebabkan aku ada masalah co-morbid (ada masalah darah tinggi huhu). pasca covid19 pula masih lagi ada masalah kebas2 di beberapa bahagian badan terutama sekali kepala.
semoga 2023 membawa kebaikan...amin
amin dan terima kasih
Post a Comment