_____
AADI: Entri tiga hari lepas.
Glad-II-Ator
oleh Ijau D. Koceng 19 November 2024 pada 6:00 AM 0 commentsFilem Gladiator (rilisan 2000) merupakan antara filem genre "purba" kegemaranku sebelum dipotong oleh trilogi The Lord Of The Rings tahun-tahun berikutnya. Ini antara karya agung yang tak perlu ada sekuel. Tiap kali dengar lagu Smile Back At Death (Blaze Bayley) pasti akan teringat filem Gladiator.
Tapi dengan rekod lapangan yang teruk untuk filem-filem jenis sekuel, prekuel dan reboot mutakhir ini, aku mula skeptikal dengan Gladiator II. Lagi-lagi bila elemen wokeness dan DEI diselitkan tanpa mengira logik sejarah. Tapi atas dasar peminat filem purba, ini antara yang mesti-tonton untuk 2024 dan memilih tayangan 11.35 pagi di GSC Bintulu selepas mengambil kira faktor masa dan harga tiket (early bird).
Ia merupakan sekuel terus filem pertama, ada beberapa watak dari filem pertama ditonjolkan. Cuma selepas 15+ tahun (jarak masa antara dua filem) Rom masih lagi korup, seolah-olah pencapaian dan keputusan dalam filem pertama terasa sia-sia.
Ridley Scott sudah kehilangan sentuhan magis. Banyak idea dan plot yang dikitar semula daripada filem pertama tapi diolah supaya nampak berbeza. Senang cerita seperti filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens yang me"rehashed" semula Star Wars: Episode IV - A New Hope.
Walaupun ia tidak seagung filem pertama, namun ia cukup syarat untuk menghiburkan dan memuaskan hati peminat filem purba. Denzel Washington tetap ohsem melakonkan watak "Denzel Washington", beliau nampak kurus dalam filem ini berbanding berisi dalam filem Equalizer III tahun lepas.
Sekurang-kurangnya Pedro Pascal bukanlah watak utama.
_____
AADI: Aku setuju dengan ulasan Shad (spoilers).
GrassRoots Brado
oleh Ijau D. Koceng 16 November 2024 pada 6:00 AM 2 komen:Berjaya memperolehi sebuah *Horizon III terpakai, bukan berjenama ESP, tapi hanyalah anak buahnya GrassRoots G-HR3-68 (discontinued) yang diperolehi daripada Brado Guitars pada harga yang mampu milik. Inilah gitar yang berada dalam kotak EVH minggu lepas.
Walaupun berstatus terpakai, tetapi Brado mengklasifikasikan kondisinya sebagai "mint". Ya, pendapat aku ia seperti 97-98% masih baharu, hanya penutup truss rod sahaja yang hilang. Terasa malas pula nak ambil gambar pelbagai sudut, boleh rujuk gambar-gambar menarik yang aku link daripada website Brado Guitars.
GrassRoots merupakan jenama di bawah naungan ESP Japan, tier paling bawah selepas Navigator, E-II dan Edwards. Tapi spesifikasi utamanya neck-thru dan alder body amat jarang-jarang dijumpai pada gitar tier bawahan. Namun untuk menstabilkan harga, ia menggunakan generic tuners, Floyd Rose Special dan pikap in-house GH-1G.
Produk kilang World Musical Instrument Co. Ltd. Korea, dan berdasarkan nombor siri GW13016322 ia diinterpet sebagai keluaran ke-6322 Januari 2013. Kualiti pertukangan kayunya senang-senang saja tapau LTD 400-series.
Setakat ini tidak terfikir lagi untuk menukar pikap asal GH-1G (neck 14.7k, both 7.6k, bridge 15.1k) selagi belum dipandu-uji semasa sessi jamming. Jika kombo pikap ini cemerlang ia akan dibiarkan seadanya. Jika tidak, Seymour Duncan Jazz/JB atau DiMarzio PAF Pro/Super 3 menanti untuk kepuasan diri.
Dengan bentuknya yang offset seperti ex-Woody (Cort G200DX), ia juga tidak muat disimpan dalam peti cap buaya kerana tanduk atas yang sangkut pada pembahagi dalaman peti.
Bila sudah biasa menggalas gitar singlecut yang agak berat, terasa janggal pula menggalas gitar superstrat yang ringan sekitar 3.5 kg ini. Perlu sedikit masa untuk membiasakan diri.
Buat masa ini ia akan digelar HORIZON sahaja sehinggalah dapat nickname yang sesuai. Axology aku kembali menjadi 10 unit, harap cepatlah Lagoon dilamar orang, boleh tutup lubang besar yang dikorek oleh gitar ini. Walaupun ada sedikit lubang telah ditutup hasil jualan pikap Gibson 490R/490T beberapa hari lepas.
*Jika anda mengikuti AADI sejak 2009 dan blog Bro Sub The Guitar Addict yang ada entri ESP Horizon (contohnya sini dan sini), aku memang idamkan sebuah model Horizon dengan headstock lidah/daun (tak kisah Horizon I atau III). Ini gara-gara terliur dengan ESP Horizon Custom yang digunakan oleh Thomas Youngblood dalam DVD One Cold Winter's Night.
_____
AADI: Penantian 15 tahun.
Wordless Wednesday: SMR 2024
oleh Ijau D. Koceng 13 November 2024 pada 6:00 AM 0 comments_____
AADI: Team Bintulu.
Let-Go: Modern Classics
oleh Ijau D. Koceng 11 November 2024 pada 6:00 AM 0 commentsMelepaskan sepasang pikap Gibson Modern Classic 490R dan 490T selepas diiklankan di Facebook Jamtank, seiring dengan hasrat aku dalam entri Julianbuckered bulan lepas dan Pickups R Us bulan April.
"Set sebelum ini Gibson 490T/490R disimpan dalam stok, jika perlu dana pusingan ia mungkin akan didagangkan semula. Kedua-dua pikap Gibson tadi lebih mudah didagangkan berbanding Julianbucker ini yang hanya bernilai pada mereka yang menghargai kerja-kerja Julian Mokhtar."
- Entri Julianbuckered.
"Worst case scenario, beberapa pikap mungkin akan didagangkan semula untuk modal pusingan (GLTL). Dengan harapan dapat dikekalkan pada harga asal (balik modal) atau mengikut harga semasa yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi untuk pikap yang belum pernah dipasang."
- Entri Pickups R Us.
Pembeli katanya merupakan pelanggan tetap arwah YusTech dari Pelabuhan Klang, dan mengenali aku kerana sering komentar dalam entri-entri blog YusTech.
_____
AADI: GLTL, jual pikap beli gitar.
Merah Satu
oleh Ijau D. Koceng 10 November 2024 pada 6:00 AM 0 commentsIni bukan filem yang masuk dalam senarai ingin ditonton tahun ini. Tapi atas klausa sudah lama tidak menonton wayang di pawagam sebagai "escapism" maka aku memilih tayangan 7.30 malam Jumaat lepas di GSC Bintulu. Mungkin juga adanya The Rock antara faktor untuk aku menonton filem ini.
Tidaklah menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini, aku berpendapat ia hanyalah filem santai aksi komedi generik musim Krismas berdasarkan trailer yang ditonton. Tapi agak sedikit meleset bila elemen sci-fi, dongeng dan mistik mula diselitkan dalam filem ini dan jalan ceritanya menjadi semakin menarik.
Tiada unsur-unsur wokeness yang ketara dalam filem ini, dan ia juga sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana berklasifikasi P12. Selebihnya tak perlukan di-spoiler-kan sangat.
_____
AADI: Terlepas peluang menonton Violent Night (2022) dan Silent Night (2023).
25 Years To Lose Nothing
oleh Ijau D. Koceng 04 November 2024 pada 6:00 AM 2 komen:Beberapa hari lepas (02/11/2024) album ketiga Foo Fighters ini pula menyambut ulang tahun ke-25.
Memorinya telahpun dibuatkan entri beberapa tahun lepas semasa ulang tahun yang ke-20, jadi tak perlu diceritakan kembali.
Aku tertarik dengan satu komentar daripada netizen berkaitan isu terkini Dave Grohl;
"Dave cancels himself and we're all just like, whatever, we love you guys. Your music has done so much good, given so much inspiration and healing that no one really cares. Heal yourselves, learn to fly and come back to us."
_____
AADI: You make me dizzy, running circles in my head.
D'Addario Ultra Pack
oleh Ijau D. Koceng 02 November 2024 pada 6:00 AM 0 commentsSemenjak harga runcit tali gitar jenama D'Addario melonjak naik, aku berhenti memukal stok tali jenama ini... Selalunya akan memukal stok jenama lain, contohnya GHS sempena Year End Sale CK Music tahun lepas (yang masih lagi belum dipakai).
Dah lama mengintai promosi D'Addario Ultra Pack ini di website Bentley Music (juga ada di D'Addario Flagship Store Lazada). Mungkin untuk menghabiskan stok, *lalu aku memesan dua unit masing-masing bersaiz 9-42 dan 10-46.
Ultra Pack ini berisi satu set XL dan satu set NYXL pada saiz yang sama. Dengan promosi tadi, harganya lebih murah berbanding harga runcit XL + NYXL pra-pandemik (kalau harga semasa tak payah ceritalah).
"Aku berani menyimpan stok banyak tali gitar berjenama D'Addario berbanding jenama lain kerana ia terbukti tahan lama dalam simpanan. Jenama kegemaran seterusnya ialah GHS dan Rotosound. Kalau Ernie Ball tu faham-faham sajalah, kalau nak guna baru beli."
- Entri 6.6 #WorldStringChangeDay.
_____
AADI: *Ear plugs PWEP1 sebagai penggenap harga.
Flashback Friday: Youthanasia 30
oleh Ijau D. Koceng 01 November 2024 pada 6:00 AM 2 komen:Giliran album ini pula menyambut ulang tahun yang ke-30. Ada dua entri pasal perolehan CD album ini daripada eBay - entri 2009 dan entri 2014.
Entri 2014. |
Ini antara album Megadeth yang ada nilai-nilai nostalgia selain album Risk, kerana aku mula mengenali Megadeth menerusi album ni, seperti yang aku pernah ceritakan dalam entri 2009 (gaya penulisan ketika itu agak berbeza).
"aku 1st tgk kaset ni thn 1995 (form 4), classmate aku bawa kaset ni pi skolah dgr guna walkman. time tu aku xtau pun band megadeth ni, cuma cover art album ni menarik perhatian... time tu aku cuma dgr lagu2 drp green day, offspring, ugly kid joe dan nirvana"
Cerita selebihnya tak perlulah aku taip semula...
Teringin sangat nak cover lagu A Tout Le Monde... Rasanya pernah sekali dua main waktu jamming tapi tak pernah lengkap/habis sebab tak semua rakan-rakan jamming tahu lagu ini.
_____
AADI: Selepas Dystopia dah agak kurang layan Megadeth.
Boxing Diaries: October 2024
oleh Ijau D. Koceng 31 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsUntuk bulan Oktober, aku rasa lebih banyak menyertai sessi berbanding bulan-bulan lain pada 2024 (setakat ini).
Juga sudah kembali mengikuti sessi sparring malam Rabu (Wednesday's fight night) bila sudah ada headgear. Apa yang agak menjengkelkan ketika sparring sebelum ini ialah contact lens selalu terkeluar bila kena serangan (mostly hooks) bergeser dengan kelopak mata. Dengan adanya perlindungan tambahan ini dapat mengurangkan situasi tadi.
Dua hari lepas pula ada perkhidmatan saringan kesihatan di tempat kerja bersempena Minggu OSH, termasuk perkhidmatan yang menggunakan perkakasan InBody.
Banyak fakta kesihatan yang menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya hasil daripada aktif bertinju hampir dua tahun. Tapi mahu tak mahu pada umur sekarang, aku perlu juga mengawal pemakanan terutama pengambilan gula dan karbohidrat.
_____
AADI: Lutut pun terasa lebih mudah bergerak.
Kealmarian Jerangkung
oleh Ijau D. Koceng 26 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsAudit axology setakat 25/10/2024...
Tiga terkini yang aktif - *Candy, *Goldie, Swede - diletakkan pada Rok-It supaya mudah diakses. Selebihnya - Shiro, Lagoon, Tigera, Chucky, Tommy, Francesco - diperiksa jika ada anomali, disimpan dalam hardcase/gigbag (kiri ke kanan) dan "dijerangkungkan" dalam almari.
Teringin untuk kembali aktif jamming seperti dahulu, tapi sekarang amat susah untuk mencari masa yang sesuai untuk mengumpulkan bandmates... Yang dua minggu lepas pun kira one-off sebab klausa farewell jamming.
Mrs. pula suruh let-go mana yang langsung tak diguna (*ayat standard: "asyik-asyik gitar tu juga yang diguna"), kemudian dana-dananya dilaburkan semula untuk model yang hi-end terus... Idea yang bagus, tapi kalaulah sesenang itu dapat dilepaskan memang dah lama aku buat.
_____
AADI: Api aku masih menyala.
Kenapa Mesti Luke?
oleh Ijau D. Koceng 24 October 2024 pada 6:00 AM 2 komen:Kenapa bukan Rey Palpatine? Kenapa bukan Kylo Ren? Ahsoka Tano? Ataupun terkini May/Osha?
Itupun Luke muda dan bukan "Jack" Skywalker dalam TLJ. Kenapa? Sepertinya Lucasfilm tidak yakin dengan watak-watak Star Wars era sequel (aka Disney's Star Wars) dan masih bergantung pada watak-watak original 40+ tahun lepas untuk merchandise dan perlesenan bagi menarik kembali peminat-peminat veteran Star Wars yang pernah dihampakan.
Mungkin kesinambungan entri ini.
_____
AADI: Suka konten Worthless Kingdom oleh WorldClassBullshitters.
No More The Beast
oleh Ijau D. Koceng 22 October 2024 pada 6:00 AM 1 commentBaru saja malam tadi aku layan dokumentari The History Of Iron Maiden - Part 1: The Early Days di YouTube (aku pernah ada versi DVD-JS), pagi tadi pula terbaca dua feed dalam Facebook yang agak menyedihkan...
Aku pernah terbaca artikel lupa di mana [edited] ok jumpa, Metal Injection beberapa minggu lepas yang Di'Anno akan buat konsert farewell atas faktor kesihatan.
"Former Iron Maiden vocalist Paul Di'Anno will play his farewell club shows throughout the remainder of this year. Starting in 2025, Di'Anno will only play selected festival shows and at larger selected shows in theaters due to accessibility around being in a wheelchair after knee surgery."
- Metal Injection 16/09/2024.
Aku kenal Maiden bukanlah pada era Di'Anno dan kedua-dua album bersama Di'Anno; Iron Maiden dan Killers hanyalah pelengkap koleksi, tiada apa-apa memori berkaitan.
Tapi lagu-lagu seperti Prowler, Remember Tomorrow, Running Free, Purgatory dan Wrathchild tetap menjadi lagu Maiden era Di'Anno yang aku suka... Kalau tak silap MUP pernah cover lagu Running Free.
Terima kasih Paul Andrews kerana menjadi sebahagian daripada sejarah Iron Maiden.
_____
AADI: Teringin nak cover Prowler dan Purgatory.
Lara Croft Classic, Remastered (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 21 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsCerita remastered episod I, II dan III - Tomb Raider Classic, The Dagger Of Xian dan The Adventures Of Lara Croft hanya sempat dibuatkan entri WW tahun lepas...
Kali ini giliran episod IV, V dan VI - The Last Revelation, Chronicles dan Angel Of Darkness pula diberi rawatan remastered. Katanya akan dirilis Februari 2025 dalam pelbagai platform.
Hanya Chronicles sahaja yang sehingga kini tak pernah dimainkan (walaupun ada CD original). TLR dan AOD pula memang menggamet kenangan musim tahun akhir menuntut di USM (1999-2000) dan musim bekerja di Penang (2003).
Dalam enam game Tomb Raider klasik ini, bagi aku TLR paling best dari segi jalan cerita, puzzle dan kembali kepada pati Tomb Raider yang sebenar... raiding tombs.
Kini dalam misi mencari Shadow Of The Tomb Raider: Definitive Edition (PS4) untuk melengkapkan trilogi Square Enix selepas Tomb Raider 2013 (aka Reboot) dan Rise Of The Tomb Raider.
_____
AADI: Tak berapa berkenan dengan hala tuju trilogi Square Enix.
Chucky 2024
oleh Ijau D. Koceng 19 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsSudah hampir penghujung 2024 baru tergerak hati mengeluarkan Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC) untuk dibawa jamming minggu lepas. Warna "metallic charcoal"nya kini sudah kehijauan dan secara rasminya menjadi IDK signature (self-proclaimed) *Mark VIII.
Suis toggle gitar ini selalu bermasalah antara sebab aku jarang menggunakannya, sudah tiga kali ditukar tapi tidak direkodkan dalam entri AADI. Suis yang ketiga ini aku guna jenis syaf panjang ala Gibson (tapi bukan Switchcraft) harapnya dapat bertahan lama.
Selepas jamming minggu lepas, ia dipasangkan set tali baharu Elixir Nanoweb (9-42) menggantikan set tali asal yang tidak pernah ditukar sejak dimiliki dua tahun lepas (D'Addario, 10-46?). Ditala dan diintonasi pada E-standard.
Saiz 9-42 lebih sesuai untuk gitar ini tidak seperti kedua-dua Les Paul yang aku miliki (Goldie, Tigera) yang lebih sesuai dengan 9.5-44 atau 10-46 untuk talaan E-standard. Mungkin kerana faktor bridge Bigsby yang membuatkan tali-talinya menjadi agak kenyal.
Dalam kesempatan yang ada, fretboard dirawat dan dikondisi dengan produk Jim Dunlop. Kini ia nampak lebih gelap seperti kayu ebony.
Antara kesimpulan pasca pandu-uji jamming minggu lepas:
- Beratnya 4.1 kg, lebih kurang berat abang long Goldie (4.0 kg), terasa jugalah lenguh-lenguh bahu menggalasnya untuk dua jam jamming.
- Ia tidak seresonans seperti kedua-dua Les Paul aku jika dimainkan seadanya secara akustik, tapi agak berbeza ketika diamplifikasikan. Kombo Seymour Duncan 59/JB memang cemerlang untuk aplikasi ini.
- Radius fretboard 15" agak rata seperti superstrat, bila sudah terbiasa dengan radius 12" terasa agak janggal.
- Aplikasi bridge Bigsby tona hanya dapat turun/naik satu fret (half-tone). Ia tidaklah secemerlang Floyd Rose atau tremolo fulkrum ala Strat, tapi ia bukan dicipta untuk aplikasi sebegitu.
- Selebihnya jika biasa menggalas Les Paul, tiada masalah untuk transisi kepada gitar ini.
Ia akan direhatkan seketika jika ada sessi jamming untuk memberi laluan kepada Swede (Hagstrom Ultra Swede) yang belum pernah dipandu-uji jamming. Lebih-lebih lagi selepas dipasangkan kombo DiMarzio PAF Pro/Super 3.
Dilema Band Dan Jamming
oleh Ijau D. Koceng 18 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsAku setuju dengan video Stevie T di bawah ni...
Poin terkini yang paling aku setuju ialah bab TikTok dan buat live di media sosial tanpa pengetahuan/persetujuan ahli lain.
Hampir 15 tahun aku berdepan dengan pelbagai karenah ketika jamming. Yang selalu dihadapi ialah bandmate tak study setlist (kecuali jamming impromptu), tak praktis di rumah terlebih dahulu, membuang masa main lagu yang tiada dalam setlist, minda masih di tempat lain (tidak fokus) dan yang paling menjengkelkan ialah bab komitmen dan rockstar attitude...
_____
AADI: Itu belum lagi bab "kehilangan" ahli kumpulan.
Wordless Wednesday: Corntoz Thousand Sunny
oleh Ijau D. Koceng 16 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsSessi Jamming Meraikan Nuing
oleh Ijau D. Koceng 14 October 2024 pada 6:00 AM 2 komen:Sabtu (12/10/2024) - Sessi jamming impromptu di REG Studio setelah entah berapa lama 14 bulan tidak jamming sebagai entiti MUP. Kali ini untuk meraikan Nuing yang akan berpindah ke Kanowit mulai minggu depan.
Sessi kali ini juga disertai oleh Azrol dan si Korawk menjadikan suasana lebih meriah kucar-kacir dengan setlist yang ke laut. Bolehlah juga dikirakan sebagai sessi gathering/reunion dengan sedikit hidangan pizza, kola dan isotonik.
Anak aku si Arlo pun ikut kali ini, dah cukup besar untuk dibawa. Bila ada peluang waktu uncle Bob rehat, mulalah dia mengetuk drumset. Kalau abangnya si autis Junior memang tak boleh toleran dengan bunyi bising begini.
Kali ini aku membawa Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC) untuk dipandu uji, sudah dua tahun dimiliki belum pernah dibawa jamming. Akan dibuat entri berasingan untuk pasca pandu-uji.
Dilema efek dalam entri beberapa hari lepas pun terjawab dengan membawa Fly Rig PL1 (dengan pacuan AT Drive) atas faktor logistik, selepas memikirkan faktor membawa makanan dan minuman seperti perenggan kedua tadi.
Nuing hanya menggunakan RG370AHMZ "sehelai sepinggang" terus ke amp studio MG100HGFX. Perkakasan lain efek, strap, kabel katanya sudahpun dikemas untuk berpindah. Azrol pula menggunakan ex-Dinky (Jackson DK2), ME300 dan SD-1. Korawk? Yang ni tak payah ceritalah...
Sementara menunggu si Korawk. |
Sedikit trivia mengenai Nuing - diperkenalkan oleh Korawk (bertugas di tempat sama) dan menyertai MUP sebagai gitaris utama sejak Isolated Gig Vol. 1 April 2019 menggantikan Azrol yang ketika itu sedang berkomitmen dengan band lain yang lebih maju jaya hingga merantau ke Filipina.
Era Isolated Gig Vol. 1. Aku suka gambar ni, kawaii gitu~ |
Beberapa kali Nuing mengikuti gig bersama-sama MUP, antaranya Isolated Gig Vol. 1, Isolated Gig Vol. 2, Distinguish Gentleman's Ride 2019, Various Evo Band Challenge, MUP 10th Anniversary FB Livestream, King's Garage Open Gig dan terakhir Local Gig 2022 KKB.
Aku paling suka versi ini kerana MUP 3-amigos, tiga-tiga ada solo dalam satu lagu.
Semoga Nuing lebih maju jaya bertugas mendidik anak bangsa di Kanowit (ye, dia cikgu) dan kembali gembira kerana tidak lagi berjauhan dengan keluarga. Terima kasih kerana menjadi keluarga MUP yang line-up sentiasa kucar-kacir tapi progresif.
Waktu ni aku dah balik melayan karenah si Arlo. |
_____
AADI: Misi merekrut ahli baharu lagi.
Dilema Jamming Impromptu
oleh Ijau D. Koceng 12 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsInilah dilema aku setiap kali ada sessi jamming impromptu, lebih-lebih lagi bila lama tak jamming dan tanpa ada latihan di rumah.
Nak senang dari segi sonik atau senang dari segi logistik? Kalau bawa ME-80 senang untuk bertukar-tukar patches, senang dipijak tapi besar dan berat. Kalau bawa PL1 pula sonik amat terhad, agak mencabar untuk dipijak tapi lebih mudah alih dan ringan.
Itu belum bab nak pilih gitar lagi...
_____
AADI: Macam kes entri 2022 ni.
Julianbuckered Goldie
oleh Ijau D. Koceng 06 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsSetelah memikirkan beberapa faktor, pikap Julianbucker dipasang semula pada abang long Goldie supaya ia dapat digunakan seoptimumnya berbanding dorman dalam simpanan. Dipadankan dengan pikap Epiphone Alnico Classic neck untuk kemasan chrome seragam.
Set sebelum ini Gibson 490T/490R disimpan dalam stok, jika perlu dana pusingan ia mungkin akan didagangkan semula. Kedua-dua pikap Gibson tadi lebih mudah didagangkan berbanding Julianbucker ini yang hanya bernilai pada mereka yang menghargai kerja-kerja Julian Mokhtar.
- Julianbucker - 15.6k (dipesan mengikut spesifikasi Gibson 498T "Hot Alnico")
- Alnico Classic (neck model) - 8.3k
Kerja-kerja penukaran pikap hanya mengambil masa 15-20 minit, lebih banyak masa diluangkan untuk "merawat" kedua-dua Alnico Classic dan Julianbucker ini dengan menambah lilin tambahan (wax potted) sebelum proses penukaran.
Video tahun lepas...
_____
AADI: Untuk kali ke-19(!) bertukar pikap.
Helix AVEM
oleh Ijau D. Koceng 05 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsMenarik picu untuk sebuah lagi pedal TC Electronic iaitu Helix Phaser daripada website AV Electronics Marketing (AVEM) yang masih berdiskaun 50% (clearance) seperti pedal Ditto Stereo Looper dan Vortex Flanger sebelum ini.
Seperti Vortex, jika berharga runcit memang aku tak akan beli pun pedal ini. Tapi dengan diskaun 50% tadi, ia kini semurah pedal-pedal Behringer, tapi dengan klausa tiada waranti.
Tiga mode flanging iaitu Vintage TonePrint dan Smooth. Seperti pedal-pedal TCE lain yang memiliki opsyen TonePrint, pedal ini juga dibekalkan dengan kabel mini USB untuk memindahkan TonePrint yang dimuat turun daripada website TonePrint Library ke dalam pedal.
Pedal phaser begini biasanya hanya akan menjadi koleksi berbanding kegunaan. Jika digunakan pun hanya untuk "mewarnai" tona yang sedia ada. Maka tiadalah lagi GAS untuk mendapatkan pedal MXR M101 Phase 90 untuk mendapatkan bunyi ikonik itu, IYKYK.
_____
AADI: Pedal TCE yang kelapan dalam koleksi.
Branko Gibson
oleh Ijau D. Koceng 03 October 2024 pada 6:00 AM 0 commentsAku perasan beberapa teaser sama ada di Facebook Joe Barbarik (JoBranko), Gibson Guitar Avenue mahupun Music Bliss.
Rupa-rupanya inilah maksudnya...
Tahniah! Jo memang layak untuk menjadi duta Gibson Malaysia.
Pada pendapat aku, tiada keperluan untuk "signature" Jo Branko kerana Les Paul Custom Black Beauty (lefty) memang sudah sinonim dengan Jo Branko sejak penghujung 90an lagi. Itulah "signature" Jo Branko. Lagipun statusnya hanya sebagai "duta" (kontrak setahun je?) dan bukannya "artis rasmi" Gibson.
Gambar lama, masih ber-Lace. |
Selain Adrian Smith, Jo Branko juga antara artis (tempatan) yang menjadi idola/pengaruh untuk aku menggunakan gitar Les Paul. Walaupun hanya mampu versi Epiphone (setakat ini) dengan abang long Goldie dan gitar rimau Tigera.
_____
AADI: Malas nak ulas isu semasa berkaitan Awie/Wings.
Boxing Diaries: September 2024
oleh Ijau D. Koceng 30 September 2024 pada 6:00 AM 0 commentsAda kalanya aku sudah mula mampu untuk menyertai dua sessi seminggu dan badan pun sudah kurang lenguh-lenguh selepas setiap sessi.
Kadang-kadang terasa sedih juga bila tiada lagi geng yang sama-sama menyertai sejak/sepanjang 2023. Kini yang ramai menyertai PS Boxing ialah remaja belasan tahun dan awal 20an, sesuatu yang memberangsangkan.
[Edited] Added 01/10/2024 3.00 pm.
Harapnya "uncle" ini pun masih mampu bertahan...
_____
AADI: Belum berkesempatan lagi memakai benda ini.
Rust In Candy
oleh Ijau D. Koceng 28 September 2024 pada 6:00 AM 0 commentsHampir semua skru pada pickguard Candy (Charvel So-Cal Style 1 HH) ini telah berkarat di bahagian yang bersentuhan dengan kayu badan, bahagian permukaan yang terdedah kepada elemen pula tiada masalah.
Ini bukannya skru asal, kerana set skru asal (imperial) semua sudahpun berkarat teruk seperti ini dan telah ditukar sekitar 2015-2016 dengan set skru (metric) yang dipesan melalu eBay (ketika itu Lazada/Shopee masih lagi BBNU).
Paling teruk ialah karat skru yang berada bawah bridge, apabila dipulas untuk dibuka terus patah dan sebahagian skru masih terbenam dalam kayu badan. Buat masa ni biarkan sajalah, belum cukup perkakasan untuk melakukan kerja-kerja pengekstrakan.
Pasak bridge Floyd Rose pun ada sedikit tanda-tanda pengaratan juga di bahagian yang bersentuhan dengan kayu badan.
Teori aku, karat ini mungkin disebabkan kayu badan yang masih memiliki lembapan dan bukan faktor tempat penyimpanannya (peti buaya) yang memiliki tahap kelembapan terkawal.
Gitar ini sudahpun berada 12 tahun dalam axology aku, dan 16 tahun secara umum usianya (model 2008). Sepatutnya, makin berumur, makin kering kayunya...
_____
AADI: Masih lagi gitar paling resonans dalam axology aku.
Steam Bard
oleh Ijau D. Koceng 26 September 2024 pada 6:00 AM 0 commentsBukan cerita pasal lagu Blind Guardian, tapi cerita pasal game rilisan 2004 The Bard's Tale yang baru sahaja dimuat turun daripada Steam setelah diiklankan harga promo RM9.75 (harga asal RM39.00) beberapa hari lepas.
Ini antara game terakhir (selain POPT2T) yang aku mainkan di Penang penghujung 2005 (versi JS) sebelum kembali ke Membakut dan menganggur pada awal 2006. Versi yang dimuat turun ini merupakan versi "remastered and resnarkled" yang juga disertakan dengan game zaman kuno The Bard's Tale I, II dan III (rilisan 1985, 1986 dan 1988).
Teringat lagunya pernah dibuatkan entri berbelas tahun dahulu.
Game paling bubar, lawak nak mampus, agak parodi kepada game RPG dan Dungeons & Dragons lain . Dengan watak utama "The Bard" yang begitu sarkastik selalu bertekak dengan tukang karut (narrator) ala Deadpool yang memecahkan tembok keempat (breaking the fourth wall). Kadang-kadang akan memberikan opsyen sarkastik ketiga untuk menyelesaikan tugasan selain dua opsyen biasa (yes/no, good/bad).
Agak janggal kerana kembali PC gaming setelah berkonsul PS4 beberapa bulan.
_____
AADI: *Katanya juga ada pada platform lain termasuk android.
Ada Apa Dengan Yesterwynde?
oleh Ijau D. Koceng 23 September 2024 pada 6:00 AM 2 komen:Endless Form Most Beautiful merupakan album terakhir Nightwish yang aku layan. Album seterusnya Human. :||: Nature. (kenapalah ditulis begitu?) rilisan 2020 langsung tak terlayan. Bila Abam Marco (Marko Hietala) umumkan *pencen daripada Nigthwish pada 2021, lagilah hilang minat untuk follow Nightwish walaupun masih ada Floor Jansen.
Baru layan seputar ketika entri ini ditaip.
Pagi tadi muncul pula video ini dalam algorithm YouTube aku, album penuh Yesterwynde dari channel rasmi Nightwish yang baru sahaja dirilis beberapa hari lepas (20/09/2024).
Serius memang aku terkejut rupa-rupanya album studio ke-10 ini sudah siap. Kali terakhir aku dengar berita mengenainya ketika mereka baru masuk studio rakaman. Nampak sangat aku jauh ketinggalan bas. Video Emppu Vuorinen baru terima ESP terbaharu daripada Musamaailma juga masuk dalam algorithm YouTube aku beberapa hari lepas.
Kebelakangan ini bukan setakat Nightwish sahaja, malah hampir semua band kegemaranku yang lain pun sudah tidak terlayan dan terlepas album-album terkini mereka. Faktor medium yang makin mahal (pilihanku CD audio) juga antara faktor ketinggalan, walaupun ada medium atas talian "percuma dan sah" sebagai alternatif.
Antaranya Megadeth (The Sick, The Dying... And The Dead! 2022), Metallica (72 Seasons 2023), Blind Guardian (Legacy Of The Dark Lands 2019, The God Machine 2022), Kamelot (The Awakening 2023), HammerFall (Hammer Of Dawn 2023), Blaze Bayley (Infinite Entanglement 2016, Endure And Survive 2017, War Within Me 2021, Circle Of Stones 2024).
_____
AADI: *Nasib baik Abam Marco kini kembali aktif bersama Tarot dan band solonya.
DiMarzioed Swede
oleh Ijau D. Koceng 21 September 2024 pada 6:00 AM 0 commentsAntara sebab set DiMarzio PAF Pro/Super 3 dikeluarkan daripada gitar rimau Tigera adalah untuk *dieksperimentasikan pada Swede (Hagstrom Super Swede) ini.
Julianbucker dan Alnico Classic yang baru sahaja dipasang bulan lepas dikeluarkan. Walaupun kedua-duanya krom nampak gorgos pada gitar ini, tapi atas faktor-faktor tertentu ia bukanlah pikap yang sesuai untuk Swede.
Tak stress ke kejap-kejap je tukar pikap gitar? Tak, bagi aku ia sebahagian daripada sessi terapi minda kerana semua aku buat sendiri (supaya kekal siuman) bukannya dihantar ke kedai dan dicas berganda-ganda.
Lagipun kerja-kerja pematerian menjadi lebih seronok selepas memperolehi stok tip pateri OEM dan timah berkualiti seperti dalam entri WW beberapa minggu lepas.
Menggunakan suis mini DPDT yang sedia ada sebagai coil-split kedua-dua pikap untuk variasi bunyi. Seperti biasa wayar-wayar dikemas dan diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.
- PAF Pro - 8.6k (series), 4.4k (split)
- Both - 6.6k (series), 3.4k (split)
- Super 3 - 26.8k (series), 13.7k (split)
*Seperti ada sesuatu yang magis dengan gitar ringan bernadi pikap high output DiMarzio seperti Super 3 ini, responnya lain macam membuatkan aku bisa tersenyum. Sama seperti respon ex-Neon yang pernah dipasangkan dengan D-Activator suatu ketika dahulu.
Dipasangkan dengan set tali baharu Harmony HE02 (10-46), ditala dan diintonasi pada Eb-standard supaya boleh digunakan sebagai gitar harian.
Tali sebelum ini Ernie Ball Not Even Slinky (12-56) yang baru diguna sebulan, dikitar semula dan dipasang pada Tigera yang lebih mesra untuk talaan rendah (C-standard) bernadi Alumitone/Deathbucker.
_____
AADI: Habiskan stok Harmony.
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Beberapa hari lepas (02/11/2024) album ketiga Foo Fighters ini pula menyambut ulang tahun ke-25. Memorinya telahpun dibuatkan entri bebe...
-
_____ AADI: Team Bintulu.
-
Berjaya memperolehi sebuah *Horizon III terpakai, bukan berjenama ESP, tapi hanyalah anak buahnya GrassRoots G-HR3-68 (discontinued) yang ...
-
Audit axology setakat 25/10/2024... Tiga terkini yang aktif - * Candy , * Goldie , Swede - diletakkan pada Rok-It supaya mudah diakses. ...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-