Sabtu (12/10/2024) - Sessi jamming impromptu di REG Studio setelah entah berapa lama 14 bulan tidak jamming sebagai entiti MUP. Kali ini untuk meraikan Nuing yang akan berpindah ke Kanowit mulai minggu depan.
Sessi kali ini juga disertai oleh Azrol dan si Korawk menjadikan suasana lebih meriah kucar-kacir dengan setlist yang ke laut. Bolehlah juga dikirakan sebagai sessi gathering/reunion dengan sedikit hidangan pizza, kola dan isotonik.
Anak aku si Arlo pun ikut kali ini, dah cukup besar untuk dibawa. Bila ada peluang waktu uncle Bob rehat, mulalah dia mengetuk drumset. Kalau abangnya si autis Junior memang tak boleh toleran dengan bunyi bising begini.
Kali ini aku membawa Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC) untuk dipandu uji, sudah dua tahun dimiliki belum pernah dibawa jamming. Akan dibuat entri berasingan untuk pasca pandu-uji.
Dilema efek dalam entri beberapa hari lepas pun terjawab dengan membawa Fly Rig PL1 (dengan pacuan AT Drive) atas faktor logistik, selepas memikirkan faktor membawa makanan dan minuman seperti perenggan kedua tadi.
Nuing hanya menggunakan RG370AHMZ "sehelai sepinggang" terus ke amp studio MG100HGFX. Perkakasan lain efek, strap, kabel katanya sudahpun dikemas untuk berpindah. Azrol pula menggunakan ex-Dinky (Jackson DK2), ME300 dan SD-1. Korawk? Yang ni tak payah ceritalah...
 |
Sementara menunggu si Korawk. |
Sedikit trivia mengenai Nuing - diperkenalkan oleh Korawk (bertugas di tempat sama) dan menyertai MUP sebagai gitaris utama sejak Isolated Gig Vol. 1 April 2019 menggantikan Azrol yang ketika itu sedang berkomitmen dengan band lain yang lebih maju jaya hingga merantau ke Filipina.
Beberapa kali Nuing mengikuti gig bersama-sama MUP, antaranya Isolated Gig Vol. 1, Isolated Gig Vol. 2, Distinguish Gentleman's Ride 2019, Various Evo Band Challenge, MUP 10th Anniversary FB Livestream, King's Garage Open Gig dan terakhir Local Gig 2022 KKB.
Aku paling suka versi ini kerana MUP 3-amigos, tiga-tiga ada solo dalam satu lagu.
Semoga Nuing lebih maju jaya bertugas mendidik anak bangsa di Kanowit (ye, dia cikgu) dan kembali gembira kerana tidak lagi berjauhan dengan keluarga. Terima kasih kerana menjadi keluarga MUP yang line-up sentiasa kucar-kacir tapi progresif.
 |
Waktu ni aku dah balik melayan karenah si Arlo. |
_____
AADI: Misi merekrut ahli baharu lagi.